Kursus Kahwin Danau Kota | Kursus Kahwin | Kursus Perkahwinan | Kursus Pra Perkahwinan - yuran Kursus Kahwin Khas Untuk Anda Yg Bakal Kahwin
 

Home | Daftar

Berapakah Yuran Kursus Kahwin Ni?

 

Pusat kursus kahwin kami di Danau Kota telah pun menerima arahan bersurat dari pihak JAWI tentang yuran kursus kahwin yang telah berubah menjadi RM120 untuk setiap peserta bermula bulan Feb 2015.

Bagaimanapun TIADA sebarang perubahan untuk lain-lain perkara termasuk modul-modul atau jangkamasa penganjuran yang masih sesingkat 1 setengah hari yang mana kursus tamat pada tengahari Ahad, 1.30 tengahari.

Juga TIADA ujian kefahaman Agama Islam dikenakan pada para peserta.

Jadi perkara-perkara lain adalah dijalankan seperti biasa.

Buku, alatulis, file serta maklumat lain akan disediakan dan diberikan secara percuma sahaja bagi setiap peserta. 

Setiap peserta ini, akan dapat menikmati 3 kali makan-makan secara PERCUMA  di sepanjang waktu kursus nanti. Apa yang kami sediakan untuk anda adalah:

  • Makan pagi (breakfast) pada pagi hari Sabtu (8.30 pagi - 9.20 pagi) 
  • Makan tengahari (lunch) pada hari Sabtu (pada 1.30 tengahari) 
  • Minum pagi pada hari Ahad (pada 11 pagi) 

 

Sila daftar kursus kahwin sekarang! Klik Daftar Kursus Kahwin.